homePROFILEfollow
Tidakkah kita pelik......???
Tidakkah kita pelik,kerana segala
perbuatan yang
kita lakukan pada akhir zaman ini jauh menyimpang
dari kehendak Al-Quran dan Al-Sunnah

1)
-Kita tidak pelik jika ada orang kata:
"Kasihan si polan,dah tiga hari tak makan.takde
rezeki la tu.Hari-hari kerja tapi tak
kaya-kaya.dah nasib badan"

-Kita jadi pelik, malah tidak pernah berkata:
"Kasihan si polan, tak pernah solat.masih tak
diberi hidayah.Harap-harap Tuhan membimbingnya,
dan si polan dapat kenal dan cinta pada Tuhan"

2)
-Kita tidak pelik jika ada orang kata:
"Mat, jom join aku tengok vcd 'Tupah'.Aku baru
beli ni, rugi kalau kau tak tengok.bukan selalu dapat"

-Kita patut rasa pelik jika:
"Mat apa dengar nasyid-nasyid ni.Takkan dah taubat
kot.enjoy la dulu, umur muda lagi.Tua nanti taubat la"

3)
-Kita tidak rasa pelik jika:
"Mat kau masak sedap la,memang tahap dewa"
"Tengok kaki la"

-Kita jadi pelik jika:
"Mat kau masak sedap la,memang tahap dewa"
"Taklah, mana ada sedap.ni suma kehebatan Tuhan
yang memberikan ilmu ini pada aku.Kau patut puji
yang Esa, Dia lagi hebat"

4)
-Kita selalu cakap:
"Aduh, sakitnya.%^@!*& punya batu kau halang jalan
aku"

-Kita jarang, malah tak pernah cakap:
"Aduh,sakitnya. Terima kasih Tuhan. Kau datangkan
batu ini untuk sedarkan aku yang aku ni hanya
hamba yang lemah.Dengan seketul batu pun aku kalah"

5)
-Kita selalu dengar:
"Kita yang rancang, Tuhan yang menentukan"

-Tapi kita jarang, malah tak pernah dengar:
"Tuhan yang buat kita merancang, dan Tuhan juga
yang menentukan.Apalah hebatnya kita, 100%
bergantung dengan Tuhan"
POSTED BY FARHA ON Tuesday, April 27, 2010 @ 10:50 PM
back | all rights reserved Farha July 2012 | forth