homePROFILEfollow
BUATLAH KERJA KITA SESUAI DENGAN PERINTAH TUHAN.
Buatlah kerja kita sesuai dengan perintah Tuhan
Padankan dengan syariatNya
Sokonglah kerja kita itu dengan doa
Kemudian serahkanlah hasilnya kepadaNya
Apabila berhasil sekalipun
Tidak memuaskan,bersyukurlah..
Jangan rasa tidak senang
Kita menyanggah perbuatan Tuhan
Kalau banyak
Lebih lagilah patut bersyukur dan malu
Perintah Tuhan laksanakan
LaranganNya jauhkan
Selepas itu apa hendak jadi jangan soalkan
Jangan tanya kerja Tuhan
Percayalah setiap kerja Tuhan ada hikmahnya
Setiap yang dilakukan oleh Tuhan
Ada pengajarannya
Kalau kita pandai menerimanya
Semuanya ada kebaikan
Jangan tanya kerja Tuhan!
Tanyalah kerja kita, untuk Tuhan sempurnakan
Allah tidak akan ditanya,kita akan ditanya
Jangan campurtangan kerja Tuhan
Tuhan tidak akan melakukan sebarangan
Allah tidak akan membuat kerja sia2
Allah adalah Maha Bijaksana
Dan tidak menzalimi hamba2Nya
Percayalah,percaya itu penting buat kita
Semoga kita baik sangka dengan Tuhan.


Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At Tamimi.
(Sajak dari koleksi Edisi Khas siri 1 Tauhid Tasawwuf)
POSTED BY FARHA ON Monday, April 26, 2010 @ 4:07 PM
back | all rights reserved Farha July 2012 | forth