Daripada Abu Hurairah r.a., daripada Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Jauhilah oleh kamu semua tujuh kebinasaan ini." Para sahabat bertanya : "Wahai Rasulullah apakah tujuh kebinasaan tersebut?"
Rasulullah s.a.w. menerangkan, iaitu :
1. Syirik kepada Allah.
2. Sihir.
3. Membunuh diri yang diharamkan Allah melainkan dengan hak.
4. Makan riba.
5. Makan harta anak yatim.
6. Berpaling atau lari dari medan peperangan.
7. Menuduh wanita-wanita Mukmin yang baik.
Pengertian:
Di dalam hadis ini, nabi s.a.w. mengingatkan supaya kita semua menjauhi tujuh kebinasaan yang merupakan dosa-dosa yang sangat membahayakan seseorang. Di antara dosa-dosa tersebut, ada yang menggugat keimanan dan akidah. Ada pula yang boleh mengancam keamanan masyarakat dan menjatuhkan kehormatan orang dan agamanya sendiri.
Kesimpulan:
Sembahlah Allah s.w.t. dan janganlah mensyirikkan sesuatu dengan-Nya. Jauhilah amalan sihir, membunuh, makan riba, menipu harta orang, menuduh orang dan lari daripada tanggungjawab.POSTED BY FARHA ON Wednesday, February 24, 2010 @ 4:26 PM