homePROFILEfollow
syirik kecil yang berbahaya
syirik kecil??
mungkin ramai yang tidak ambil kisah langsung tentang syirik kecil ini.
ia seolah-olah sudah sebati dalam diri masyarakat kita.
jadi,satu revolusi perlu kita lakukan.
ya,revolusi !!!
mari kita tinjau syirik kecil ini...

Antara syirik kecil yang kita sering amalkan:
1)Kita tidak bersandar pada Tuhan dalam kehidupan harian.Kita lebih bersandar pada makhluk, iaitu ciptaan Tuhan.Kita seringkali bersandar pada harta, ilmu, kelebihan atau bakat,dan juga isi2 dunia.Jika sandaran pada Tuhan diketepikan,maka kita sudah terperangkap dalam jerangkap samar syirik kecil

2)Kita melakukan ibadah bukan kerana Tuhan. Kita lakukan ibadah kerana pahala, kerana fadhilat, kerana syurga, kerana kepentingan diri.sedangkan itu semua anugerah Tuhan, tak perlu kita buat kerananya.Pasti hilang keikhlasan dalam ibadah.tak hairanlah, sembahyang kita tidak melahirkan Peribadi Agung, tidak mencegah kita dari melakuakn maksiat, tidak membakar sifat2 mazmumah, dan tidak menyuburkan sifat2 mahmudah.

3)Kita tidak bersandar pada Tuhan(tawakal) dalam berusaha.Dalam konsep usaha kita sudah tersilap.yang biasa kita dengar:
Usaha + Ikhtiar + tawakal.
itu konsep yang salah, dan bukan diajar dalam Islam.kita meletakkan Tuhan diakhir usaha kita.1 minggu hendak exam baru nak solat hajat.adakah Tuhan itu pilihan terakhir dalam meminta pertolongan? cara yang paling berkesan dalam berusaha:
(usaha + ikhtiar)x tawakal.
bermaksud, dalam usaha kita sudah bertawakal, dalam ikhtiar kita sudah bertawakal.barulah Tuhan menjadi tempat sandaran.usaha dalam hubungan dengan Tuhan.yamg beri Ilmu itu Tuhan, bukan buku, bukan guru, bukan makhluk.ia cuma wasilah(perantaraan).

4)Dalam kehidupan harian, seringkali kita syirik kecil.contohnya:
-kita makan, dan merasakan makananlah yang mengenyangkan kita
-kita anggap duit, dan kerjaya yang memberi kita rezeki."tak duit,takde rezeki, tak makan"
-kita anggap ilmu yang akan menentukan masa depan."kantoi SPM, gelap masa depan"
-kita anggap segala kebolehan dan bakat kita adalah milik kita, bukan diberi@dipinjamkan oleh Tuhan.
-kita anggap harta kita, adalah usaha titik peluh kita bukan anugerah@rezeki dari Tuhan
POSTED BY FARHA ON Monday, December 28, 2009 @ 3:20 PM
back | all rights reserved Farha July 2012 | forth