homePROFILEfollow
Apakah Allah terima Taubatku?
Kamu Lakukan dosa kerana kejahilan,lalu segera bertaubat...
Firman Allah, maksudnya : "Sesungguhnya penerimaan tubat itu disanggupi oleh Allah hanya bagi orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan, kemudian mereka segera bertaubat.Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima oleh Allah taubatnya.Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Nisa' 4:17)


Kamu lakukan dosa tetapi kemudian kamu insaf dan memperbaiki diri...
Firman Allah, maksudnya : "Dan mana-mana dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, maka hendaklah kamu menyakiti keduanya; kemudian jika mereka memperbaiki keadaan diri mereka(yang buruk) maka biarkanlah mereka; kerana sesungguhnya Allah adalah sentiasa menerima taubat,lagi Maha Luas Nikmat-Nya."(Surah al-Nisa' 4:16)


islam Pictures, Images and Photos




Dia memafkan kesalahan yang kamu lakukan...
Firman Allah, maksudnya : "Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hamba-Nya(yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan(yang mereka lakukan); dan Ia mengetahui akan apa yang kamu kerjakan."(Surah al-Syura 42:25)





Dia memaafkan kesalahan siapa sahaja yang dikehendaki-Nya...
Firman Allah, maksudnya : "Dan Dia juga menghapuskan kemarahan hati orang yang beriman itu, dan Allah menerima taubat orang yang dikehendaki-Nya; Dan ingatlah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Surah al-Taubah 9:15)
POSTED BY FARHA ON Friday, August 28, 2009 @ 11:26 AM
back | all rights reserved Farha July 2012 | forth